Thursday, February 11, 2010

Sambungan asas nutrien tumbuhan

Nutrien tumbuhan terbahagi kepada dua kategori,(Plant nutrients are categorized into two)
     1.   Makro nutrien - diperlukan dengan banyak.(Macronutrient - required in large quantity)
     2.   Mikro nutrien - keperluan adalah sedikit dan selalunya terdapat di dalam tanah dan mencukupi.(Micronutrients - required in moderate/small quantities, most soils frequently contain sufficient micronutrients)
1.   Makro nutrien. C, H, O, N, P, K dan Mg. (Macronutrient)
     Carbon, Hidrogen dan Oksigen diperlukan dengan amat banyak, tetapi unsur ini terdapat dengan banyak dipersekitaran. sumber utama adalah seperti gas Carbon dioksida (CO2) dan air (H2O). (Carbon, Hydrogen and oxygen are required in extremely large quantities, these elements are supplied by atmospheric carbon dioxide (CO2) and water (H2O))
     N, P, K dan Mg perlu dibekalkan oleh kita dengan banyak bagi memastikan ia mencukupi untuk kegunaan tumbuhan. ( disinilah pentingnya konsep fertigasi, unsur ini diberikan secara sedikit - sedikit tetapi berterusan berbanding dengan kaedah biasa, diberi secara banyak tetapi sebulan sekali atau seminggu sekali.). (we have to supply N,P,K and Mg to ensure they are adequate for plant usage. (This is the reason for fertigation, all nutrients are supplied continuously with adequate quantity, compare to conventional technique, which fertilizer is applied once a month or a week.))

2.     Mikro nutrien. Ca, S, B, Cu, Fe, Mn, Mo dan Zn.
     unsur ini kebiasaannya telah terdapat dan mencukupi didalam tanah. kecuali Ca dan B perlu ditambah bergantung kepada hasil analisa tanah dan daun.

     Sumber nutrien boleh diperolehi dari baja organik dan juga baja kimia. sebagai contoh, baja vermikompos mengandungi semua unsur yang diperlukan, tetapi kandungannya rendah dan tidak tetap. walaubagaimanapun ia mengandungi bakteria yang boleh menguraikan nutrien yang telah sedia ada didalam tanah supaya ia boleh diambil oleh tumbuhan.
     Baja kimia terikat dengan undang - undang, ia perlu mengandungi unsur seperti yang pengeluar istiharkan pada pembungkusnya. sebagai contoh, baja MKP (mono-kalium phosphate) mengandungi 52% P2O5 dan 34% K2O. baja ini adalah sumber yang membekalkan P dan K.
     Secara ringkasnya berikut adalah fungsi dan tanda - tanda kekurangan nutrien dan faktor yang menyebabkan ia gagal diambil oleh tumbuhan.
i.     Nitrogen.
     a.   Fungsi.
  •  Komponen yang penting dalam tumbuhan, terdapat didalam klorofil yang penting dalam proses fotosintesis.
  • komponen utama dalam protin.
  • memanjangkan tempoh penyimpanan hasil pertanian.
     b.   Tanda kekurangan.
  • Daun berwarna hijau muda atau hijau kekuningan, daun yang lebih tua terjejas dahulu.
  • Pertumbuhan pokok terbantut, melambatkan kematangan pokok. pokok akan lambat mengeluarkan hasil.
  • Mengurangkan ketahanan pokok terhadap serangan penyakit.
  • tempoh penyimpanan hasil pertanian menjadi lebih pendek,
     c.   keadaan yang menyebabkan kekurangan.
  • Tanah yang berpasir.
  • Tanah terendam air.
  • Tanah yang mengandungi bahan organik yang rendah.
  • Baja ammonium yang ditabur keatas tanah yang tinggi pH
ii.     Phosphorus.
     a.   Fungsi.
  • Perlu dalam proses pembentukan sel.
  • Bahan utama dalam pembentukan glukos dan kanji.
  • Pemindahan karbohidrat.
  • perlu dalam proses fotosintesis.
  • Pemulihan akar pokok.
     b.   Tanda kekurangan.
  • Pertumbuhan pokok terbantut, kadang - kadang saiz daun menjadi lebih kecil.
  • Sesetengah tumbuhan, daunnya menjadi hijau pekat.
  • tempoh penyimpanan hasil pertanian menjadi pendek.
     c.   Keadaan yang menyebabkan kekurangan.
  •  pH tanah yang kurang dari 5.5 atau lebih dari 7.0.
  • Tanah yang mengandungi tanah liat yang tinggi. 
  • Tanah yang mengandungi iron yang tinggi.
iii.     Kalium.
     a.   Fungsi.
  • Membantu proses fotosintesis.
  • Membaiki kualiti hasil pertanian.
  • meningkatkan perkembangan akar serta ketahanan terhadap penyakit dan kekeringan.
  • Terlibat dalam pembentukan protin.
     b.   Tanda kekurangan.
  • Daun menjadi hijau muda atau kekuningan.
  • Pertumbuhan pokok terbantut.
  • Tangkai buah menjadi lemah.
  • Putik buah gugur (abortive).
     c.   Keadaan yang menyebabkan kekurangan.
  • Penanaman di atas tanah yang rendah kandungan bahan organik.
  • Tanah berpasir.
  • Program pembajaan yang tidak seimbang.
  • Berlaku kemarau atau hujan yang berpanjangan.
iv.     Magnesium.
     a.   Fungsi.
  • Membantu pembentukan glukos dan kanji.
  • Penting dalam pengangkutan phosphorus.
  • Membantu enzim tumbuhan berfungsi.
     b.   Tanda kekurangan.
  • Daun menjadi kekuningan bermula dari bahagian tepi.
  • Pengurangan hasil yang ketara.
  • Putik buah akan gugur.
     c.   Keadaan yang menyebabkan kekurangan.
  • Tanah berpasir dan berasid - terutama kawasan yang banyak hujan.
  • Kawasan yang menerima Kalium yang berlebihan.
Bahagian mikro nutrien akan di bincangkan dalam posting yang akan datang. Saya sedang dalam proses mengeluarkan ebook panduan menyediakan baja fertigasi untuk sayuran berbuah.

Kepada pembaca yang berminat memulakan perniagaan T shirt sila klik link ini, Tq

No comments:

Post a Comment