Thursday, December 31, 2009

Inkubator Penetas Telur

Sudah berakhir era makan gaji, 15 Nov. 2009 hari terakhir aku makan gaji. Pada 30 Disember 2009, aku telah menerima inkubator penetas telur ayam yang pertama. Projek ini sebenarnya yang kedua, yang pertama adalah tanaman timun secara fertigasi. Ada beberapa keping gambar projek permulaan yang boleh dikongsi bersama dengan petani moden yang lain. Memandangkan aku baru dalam bidang ini, aku amat mengalu-alukan komen dan nasihat yang berguna untuk aku memajukan projek ini.




Gambar inkubator pertama yang aku beli online.




Telur - telur bertuah yang merasmikan inkubator baru.


Di kesempatan akan datang, aku akan publish pula gambar projek fertigasi timun secara tergantung yang dah bermula sebulan yang lalu.