Friday, January 29, 2010

Nutrien tumbuhan, Plant nutrients

Asas nutrien tumbuhan - Nutrien tumbuhan; fungsi dan tanda - tanda kekurangan.

     Bagi memformulasi baja fertigasi, pengetahuan asas dalam nutrien tumbuhan adalah amat perlu. sepanjang sepuluh tahun berada dalam industri perladangan kelapa sawit (berhenti pada november 2009 selepas lima tahun bertugas sebagai pengurus ladang), penulis memberi tumpuan yang lebih dalam pengurusan nutrien tumbuhan. dikesempatan ini penulis ingin berkongsi pengetahuan tersebut, sekiranya terdapat kesilapan atau pandangan yang lebih baik, komen dari pembaca amat di alu - alukan.

        Mengetahui asas nutrien tumbuhan dan bagaimana ia berfungsi boleh membantu kita mengenalpasti masalah nutrisi tumbuhan. mengetahui bagaimana tumbuhan berfungsi juga tidak boleh diabaikan.

        Tumbuhan berbeza - beza mengikut spesis, tetapi pada dasarnya ia terdiri dari lebih kurang 90% air dan 10% bahan kering. bahan kering ini terdiri dari 16 unsur nutrien tumbuhan. matlamat asas adalah untuk memastikan keseimbangan 16 unsur tersebut.
        
         perlu diingatkan, baja bukanlah makanan tumbuhan, ia adalah input yang digunakan oleh tumbuhan untuk memproses makanannya sendiri. melalui proses fotosintesis, ia akan mengeluarkan gula dan kanji, ini adalah makanan tumbuhan. hasil dari proses tumbuhan ini kita perlukan untuk kegunaan harian kita. ada juga pendapat menyatakan, tumbuhan adalah mesin pengeluaran yang perlu diberi input supaya ia boleh mengeluarkan apa yang kita perlukan. banyak kajian memutuskan hasil tumbuhan adalah berkadar langsung dengan input yang kita berikan. tetapi keseimbangan tidak boleh diabaikan topik penting selepas ini ialah kesan antagonistik dan kesan sinergistik.

         

No comments:

Post a Comment